RIO DE JANEIRO: Kuartet lelaki Jamaica menang acara 4x100 meter di Olimpik Rio sebentar tadi, sekali gus emas ke-9 Usain Bolt dalam tiga penyertaan Olimpiknya berturut-turut.
Bolt, yang menang acara pecut 100m, 200m and 4x100m di Olimpik Beijing, London dan hari ini mengulanginya di Rio, apabila menghabiskan larian sebagai pelari terakhir dengan catatan masa 37.27 saat.
Sebelum ini di Rio, Bolt menang 100m dan 200m.
Kuartet Jepun pula membuat kejutan di tempat kedua dengan 37.60s iaitu memperbaharui rekod Asia.
Sementara itu kuartet Kanada diumumkan pemenang gangsa selepas kemenangan kuartet Amerika Syarikat (AS) di tempat ketiga dibatalkan. - AP