Isnin, 15 Ogos 2016 | 9:06pm

Olimpik: Jepun sekat langkah beregu wanita negara

PEMAIN Jepun, Misaki Matsutomo (atas, kiri) dan Ayaka Takahashi (atas, kanan) mengembalikan hantaran kepada pemain negara, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei pada aksi suku akhir di Stadium Riocentro, Rio de Janeiro, hari ini. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Perjalanan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei di Sukan Olimpik Rio berakhir apabila tewas di suku akhir, sebentar tadi.

Beregu negara itu gagal melakukan kejutan apabila tewas kepada pilihan pertama dari Jepun, Ayaka Takahashi-Misaki Matsutomo 16-21, 21-18, 9-21 dalam aksi di Pavilion 4 Riocentro.

Kekalahan itu juga menyaksikan Vivian-Khe Wei gagal menewaskan pasangan Jepun itu dalam semua lapan pertembungan.

Bagaimanapun, semangat juang Vivian-Khe Wei yang tampil beraksi pertama kali di Olimpik harus dipuji apabila bangkit di set kedua sebelum tumbang mudah dalam set penentuan.

Malah ini adalah kali pertama Vivian-Khe Wei mampu mengheret gandingan Jepun itu ke set penentuan selepas mereka tewas straight set dalam tujuh pertemuan sebelum ini.

Berita Harian X