Jumaat, 12 Ogos 2016 | 2:06am

Beregu wanita negara lepasi halangan pertama

VIVIAN Hoo (dua dari kanan) dan Woon Khe Wei (kiri) menewaskan pasangan Britain, Heather Olver-Lauren Smith pada Sukan Olimpik 2016 di Pavillion 4 Riocentro di Rio De Janeiro. - Foto Rosli Rahmat
VIVIAN Hoo (dua dari kanan) dan Woon Khe Wei (kiri) menewaskan pasangan Britain, Heather Olver-Lauren Smith pada Sukan Olimpik 2016 di Pavillion 4 Riocentro di Rio De Janeiro. - Foto Rosli Rahmat

RIO DE JANEIRO: Beregu badminton wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei dipaksa berhempas pulas sebelum menang dalam aksi pertama Kumpulan C Sukan Olimpik Rio 2016 di Pavilion 4 Riocentro, sebentar tadi.

Walaupun menang set pertama 21-17 tetapi beregu di ranking ke-15 itu hampir diheret ke set penentuan oleh pasangan Great Britain, Heather Olver-Lauren Smith.

Namun, mereka bernasib baik apabila menang 24-22 ke atas gandingan yang berada di ranking ke-24 dunia itu.

Vivian-Khe Wei yang tampil beraksi kali pertama di Olimpik akan menentang pasangan Hong Kong, Poon Lok Yan-Tse Ying Suet, malam ini.

Berita Harian X