Khamis, 21 Julai 2016 | 2:50pm

Beregu badminton jadi duta 100Plus

TAN Wee Kiong (kanan) and Goh V Shem. - Foto Goh Thean Howe
TAN Wee Kiong (kanan) and Goh V Shem. - Foto Goh Thean Howe

PETALING JAYA: Beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menerima suntikan semangat menjelang Olimpik Rio, bulan depan apabila dilantik menjadi duta kepada minuman isotonik nombor satu Malaysia, 100Plus.

Selain empat pemain itu, bintang muda negara, Goh Jin Wei turut dilantik sebagai duta.Kelima-lima pemain berkenaan menyertai pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang sudah menjadi duta kepada minuman 100Plus.

"Kami teruja kerana dapat memberi sokongan ke atas V Shem-Wee Kiong, Peng Soon-Liu Ying dan Jin Wei. Mereka menyertai Chong Wei sebagai duta 100Plus.

"Seperti Chong Wei, kelima-lima pemain itu menepati kehendak tema 100Plus iaitu 'Dahagakan Kejayaan'. Mereka mempunyai keinginan dan kemampuan tinggi untuk menjadi yang terbaik di dunia.

"Kami doakan kejayaan mereka pada saingan penting di Rio de Janeiro, Brazil bulan depan," katanya.

Bagi Jin Wei yang tidak bertanding di Rio, kami yakin dia akan terus berusaha meningkatkan pencapaian untuk menjadi pemain bertaraf dunia," kata Pengurus Pemasaran 100Plus, Leong Wai Yin ketika majlis pengumuman pelantikan sebagai duta itu di sini, hari ini.

V Shem-Wee Kiong kini menghuni ranking ke-12 dunia manakala Peng Soon-Liu Ying (10) dan Jin Wei (50).

Berita Harian X