X
Jumaat, 24 Jun 2016 | 11:47pm

Pertarungan Fury, Klitschko ditangguh

WLADIMIR Klitschko.- Foto EPA
WLADIMIR Klitschko.- Foto EPA

MANCHESTER: Tyson Fury menangguhkan pertarungan ulangan heavyweight dunia dengan Wladimir Klitschko selepas gagal pulih daripada kecederaan buku lali.

Peninju British dijadualkan berdepan Klitschko di Manchester pada 9 Julai, sudah melengkapkan tali pinggang WBA, WBO dan IBO yang dimenanginya dari Ukraine pada November lalu.

Namun peninju berusia 27 tahun itu terpaksa menarik diri daripada pertarungan atas arahan doktor.

"Saya mendapat sedikit berita buruk untuk anda semua. Kira-kira 10 hari lalu, saya berlari di Lake District dan mengalami kecederaan pergelangan kaki," kata Fury dalam video di Instagram.

"Saya ke hospital dan melakukan X-ray, imbasan MRI dan semua proses itu. Mereka berkata ia tidak patah tetapi terseliuh teruk dan memerlukan masa selama enam hingga tujuh minggu untuk pulih.

"Saya sudah mendapatkan pandangan kali kedua seminggu kemudian dan dinasihati supaya pertarungan ditangguhkan." - AFP

Berita Harian X