Khamis, 23 Jun 2016 | 10:22pm

KBS salur sumbangan kepada 30 bekas atlet negara

Yasser bersama Peugeot SUV 3008. - NSTP/Saddam Yusoff
Yasser bersama Peugeot SUV 3008. - NSTP/Saddam Yusoff

PUTRAJAYA: Seramai 30 bekas atlet negara menerima sumbangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebanyak RM200 setiap seorang, di sini, hari ini.

Antara penerima sumbangan itu ialah bekas atlet Olimpik berbasikal pada 1976, Yahya Ahmad; Azlinda Ahmad (silat), Ishak Alwi (berbasikal), Rameli Manap (angkat berat), Mohamed Kassim Abu Bakar (sepak takraw) dan Fadhullah Lim Abdullah (ragbi).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyampaikan sumbangan itu pada majlis berbuka puasa di perkarangan Menara KBS di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isterinya, Nori Abdullah dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Malek Noor.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail. - BERNAMA

Berita Harian X