PARIS: Persekutuan Bola Sepak Croatia didenda 100,000 Euro (RM459,000) oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) susulan kekecohan yang berlaku pada perlawanan membabitkan Croatia dan Republik Czech, Sabtu lalu.
Aksi Kumpulan D itu terpaksa dihentikan pada minit ke-86 selepas suar dibaling ke dalam padang oleh penyokong Croatia.
Malah, pengawal keselamatan yang bertugas turut tercedera akibat bunga api yang dilontar ke dalam padang ketika perlawanan dihentikan.
UEFA membuka prosiding disiplin selepas aksi terbabit dan mengesahkan dakwaan berhubung kelakuan rasis, kekecohan penyokong dan membaling objek ke dalam padang serta pembakaran bunga api. - Agensi