MOSCOW: Kesatuan Bola Sepak Russia kemungkinan besar bakal didenda oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) di atas tingkah laku penyokong negara itu di Marseille, kata Menteri Sukan Russia, Vitaly Mutko.
"Kita akan didenda oleh UEFA, jadi saya faham. Kita tidak menjaga tingkah laku," kata Mutko yang turut memaklumkan pegawai Russia akan menyiasat insiden yang berlaku.
Mutko berkata demikian susulan insiden pergaduhan yang tercetus antara penyokong ketika perlawanan England dengan Russia dalam saingan Euro 2016. - Reuters