Sabtu, 28 Mei 2016 | 7:37pm

Vettel terpantas ujian masa GP Monaco

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel di Grand Prix Monaco. - Foto REUTERS
Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel di Grand Prix Monaco. - Foto REUTERS

MONACO: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel merakam masa terpantas dalam ujian masa terakhir di Grand Prix Monaco manakala juara dunia tiga kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton daripada Mercedes mengekori rapat di belakang.

Vettel, juara dunia empat kali mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 14.650 saat, 0.018 lebih pantas daripada catatan masa dilakukan Briton ketika sesi ujian pertama pada Khamis.

Pendahulu kejuaraan daripada Mercedes, Nico Rosberg, yang muncul juara tiga tahun lalu dan kini mengejar kemenangan kelima daripada enam perlumbaan berada di tempat ketiga ujian masa dengan catatan 1:14.772.

Pemandu Australia, Daniel Ricciardo, daripada pasukan Red Bull, di tempat keempat manakala rakan sepasukan dari Belanda yang juga juara Grand Prix Sepanyol, Max Verstappen di tempat kelima. - Reuters

Berita Harian X