Khamis, 26 Mei 2016 | 3:22pm

Peluang Nicol ke separuh akhir Siri Dunia tipis

AKSI tidak konsisten ratu skuasy negara Nicol David jadi amaran buat SRAM.
AKSI tidak konsisten ratu skuasy negara Nicol David jadi amaran buat SRAM.

DUBAI: Harapan legenda skuasy Malaysia, Nicol David mara ke separuh akhir saingan skuasy final Siri Dunia PSA tergugat apabila tewas kepada musuh lamanya, Laura Massaro dalam perlawanan peringkat kumpulan di sini, hari ini.

Bekas juara dunia sebanyak lapan kali itu bagaimanapun masih boleh layak ke peringkat itu dan berkemungkinan memenangi gelaran pada kejohanan penghujung musim PSA bagi kali ketiga berturut-turut jika berjaya menewaskan bekas juara dunia, Nouran Gohar, dalam perlawanan terakhir tengah malam ini, waktu Malaysia.

Bagi mencapai sasarannya itu, Nicol perlu segera melupakan kekecewaan mendahului 6-3 lawannya itu, sebelum akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 11-7, 8-11, 11-7.

"Ia akan menjadi sangat mudah di peringkat itu untuk menyerah," kata Massaro.

"Tetapi ada sesuatu dalam saya memberitahu untuk tidak membiarkan. Saya tidak pasti bagaimana saya kembali bangkit. Saya tahu saya cuba melakukannya dengan satu mata ke satu mata."

Nicol berkata: "Saya membiarkannya sedikit saja dan anda tidak boleh memberi peluang walaupun sedikit kepada pemain ini," kata David.

Massaro yang akan bertemu Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat dalam perlawanan akhir kumpulan, kini dikatakan semakin menghampiri peringkat separuh akhir, biarpun juara dunia, kedudukan Nour El Sherbini masih samar kerana perlu menewaskan Camille Serme dari Perancis yang tidak kurang hebatnya. - AFP

Berita Harian X