Ahad, 22 Mei 2016 | 11:05am

Hafizh mula di petak ke-15, janji terus bersaing di Mugello

HAFIZH Syahrin Abdullah.
HAFIZH Syahrin Abdullah.

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali, hari ini di petak ke-15 selepas mengharungi sesi kelayakan cukup sengit, semalam.

Pada sesi kelayakan di Litar Mugello itu, jentera pelumba pasukan PETRONAS Raceline Malaysia itu berada dalam keadaan baik yang menyaksikan kedudukan 20 pelumba teratas hanya dibezakan dengan kurang satu saat.

Hafizh melakukan masa terpantas 1 minit 52.466 saat (s) pada litar sepanjang 5.2 kilometer itu dengan petak pertama diraih pelumba Britain, Sam Lowes diikuti pelumba Jepun, Takaaki Nakagami dan pelumba Itali, Lorenzo Baldassari melengkapkan barisan depan.

Menyifatkan sesi kelayakan semalam baik buatnya, Hafizh mengakui masih ada ruang pembaikan boleh dilakukan terhadap jenteranya untuk memberi saingan kepada pelumba di kelompok depan ketika perlumbaan nanti.

"Ia sesi yang baik buat saya. Saya memberi bekerja keras dan merasakan jentera berada dalam keadaan baik dan jika saya memperoleh lebih kelajuan selepas selekoh, masa sepusingan sya mampu menjadi lebih baik.

"Namun berdasarkan pada kelajuan hari ini, saya tahu saya boleh bersaing dengan kelompok depan esok (hari ini). Saya berharap untuk mendapatkan permulaan yang baik dan bekerja keras sepanjang perlumbaan dan mendapat keputusan yang baik buat pasukan dan penaja."

Pengurus pasukan, Barry Leong mengakui kesukaran yang dihadapi Hafizh ketika sesi kelayakan semalam dan pasukannya akan cuba untuk terus melakukan pembaikan terutama meningkatkan kepantasan jentera selepas mengharungi selekoh bagi membolehkan mereka bersaingan depan kelompok utama.

"Bukan mudah kerana semua orang amat hampir ketika sesi latihan. Satu kesilapan kecil mampu merosakkan masa sepusingan kamu dan kamu perlu bermula kembali dengan yang baru.

"Namun secara keseluruhan, adalah sesuatu yang baik untuk melihat Hafizh konsisten melakukan catatan masa yang baik. Jika dia dapat mengulangi atau memperbaiki kelajuan hari ini, sudah tentu dia akan bersaing untuk tempat yang baik."

Kedudukan petak perlumbaan Moto2 GP Itali

1. Sam Lowes (GBR) Federal Oil Gresini Moto2 (Kalex)

2. Takaaki Nakagami (JPN) IDEMITSU Honda Team Asia (Kalex)

3. Lorenzo Baldassarri (ITA) Forward Team (Kalex)

4. Axel Pons (SPA) AGR Team (Kalex)

5. Marcel Schrotter (GER) AGR Team (Kalex)

6. Johann Zarco (FRA) Ajo Motorsport (Kalex)

7. Thomas Luthi (SWI) Garage Plus Interwetten (Kalex)

8. Simone Corsi (ITA) Speed Up Racing (Speed Up)

9. Alex Rins (SPA) Paginas Amarillas HP 40 (Kalex)

10. Luca Marini (ITA) Forward Team (Kalex)

11. Sandro Cortese (GER) Dynavolt Intact GP (Kalex)

12. Dominique Aegerter (SWI) CarXpert Interwetten (Kalex)

13. Franco Morbidelli (ITA) Estrella Galicia 0,0 Marc VDS (Kalex)

14. Alex Marquez (SPA) Estrella Galicia 0,0 Marc VDS (Kalex)

15. HAFIZH SYAHRIN (MAS) PETRONAS RACELINE MALAYSIA (KALEX)

* 15 terbaik

Berita Harian X