Rabu, 18 Mei 2016 | 11:07am

Vettel terpantas sesi ujian

MONTMELO (Sepanyol): Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel mengungguli sesi ujian selama dua hari di Barcelona semalam ketika pendahulu carta keseluruhan musim ini, Nico Rosberg dari pasukan Mercedes kedua terpantas.

Juara dunia empat kali, Vettel dan Rosberg, kedua-duanya mencatat masa terpantas itu dengan menggunakan tayar lembut manakala pemandu McLaren, Jenson Button lebih perlahan meskipun menggunakan tayar lebih lembut.

Rosberg kini mendahului carta keseluruhan Formula Satu (F1), mengatasi rakan sepasukan dan juga juara bertahan Lewis Hamilton dengan 43 mata.

Kedua-dua pelumba berkenaan terbabit dalam insiden di Circuit de Catalunya yang menyaksikan pemandu muda Red Bull, Max Verstappen melakar sejarah menjuarai Grand Prix Sepanyol, Ahad lalu.

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel beraksi pada semasa Ujian Formula 1 di Litar Lumba de Barcelona-Catalunya di Montmelo, Barcelona, semalam. - Foto EPA
Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel beraksi pada semasa Ujian Formula 1 di Litar Lumba de Barcelona-Catalunya di Montmelo, Barcelona, semalam. - Foto EPA

Keputusan sesi ujian:

1. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) 1:23.220s (103 pusingan)

2. Nico Rosberg (GER/Mercedes) 1:23.337s (116)

3. Jenson Button (GBR/McLaren) 1:23.753s (86)

4. Romain Grosjean (FRA/Haas) 1:23.882s (96)

5. Pascal Wehrlein (GER/Manor) 1:24.297s (86)

6. Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull) 1:24.307s (89)

7. Pierre Gasly (FRA/Toro Rosso) 1:24.821s (78)

8. Alfonso Celis Jr (MEX/Force India) 1:25.467s (99)

9. Alex Lynn (GBR/Williams) 1:26.071s (86)

10. Esteban Ocon (FRA/Renault) 1:26.530s (104)

Berita Harian X