Sabtu, 23 April 2016 | 6:20pm

Rachel terkandas kelayakan Kejohanan Wanita Dunia

MILOU Van Der Heidjen (kanan) membalas pukulan ketika menentang Rachel Arnold pada pusingan kelayakan pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Wanita Dunia PSA di Pusat Skuasy Negara hari ini. - Foto BERNAMA
MILOU Van Der Heidjen (kanan) membalas pukulan ketika menentang Rachel Arnold pada pusingan kelayakan pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Wanita Dunia PSA di Pusat Skuasy Negara hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemenang dua pingat emas Sukan SEA Singapura, Rachel Arnold tersungkur di tangan pemain Belanda, Milou van der Heijden 6-11, 8-11, 12-10, 11-8 dan 10-12 dalam saingan kelayakan skuasy Kejohanan Wanita Dunia PSA Naza di Bukit Jalil, sebentar tadi.

Keputusan itu, sekali gus menyaksikan pemain yang menghuni ranking ke-63 dunia itu gagal menyertai Nicol David, Low Wee Wern dan kakaknya, Delia Arnold ke pusingan pertama kejohanan yang dijadualkan bermula di Pusat Skuasy Nasional, pada Isnin ini.

Pada aksi kelayakan berkenaan, Rachel tewas di dua set pertama, namun kembali bangkit untuk mengikat kedudukan 2-2 selepas mengatasi Heijden pada dua set berikutnya.

Semuanya seakan cemerlang buat pemain apabila hanya memerlukan satu lagi mata untuk layak namun ketika sedang mendahului 10-6, kesilapan mula berlaku sehingga memberi ruang buat Heijden meraih lima mata berturut-turut sekali gus memastikan kemenangan buat pemain Belanda itu.

Pada pusingan pertama Isnin ini, Nicol dijadualkan bertemu pemain Australia, Rachael Grinham manakala Wee Weng menentang Joelle King dari Australia dan Delia menanti lawan dari pusingan kelayakan.

Berita Harian X