Ahad, 10 April 2016 | 5:14pm

Farah Ann raih perak Piala Dunia di Ljubljana

FARAH Ann Abdul Hadi. - Foto AFP
FARAH Ann Abdul Hadi. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Atlet gimnastik wanita kebangsaan, Farah Ann Abdul Hadi berjaya memenangi pingat perak kategori palang bertingkat dalam Kejohanan Piala Dunia yang berlangsung di Ljubljana, Slovenia, awal pagi tadi.

Gimnas berumur 21 tahun itu berjaya mengumpul 13,100 mata, hanya dibezakan dengan 50 mata di belakang gimnas tuan rumah Ivana Kamnikar yang merangkul emas. Gangsa pula dimenangi Teja Belak juga dari Slovenia dengan 12,900 mata.

Kejohanan Piala Dunia itu berlangsung bagi persediaan menjelang Kejohanan Ujian sempena Sukan Olimpik di Rio pada 16-18 April ini.

Berita Harian X