Jumaat, 8 April 2016 | 9:33pm

Peng Soon-Liu Ying mara separuh akhir Terbuka Malaysia

PASANGAN Malaysia, Chan Peng Soon (kanan) dan Goh Liu Ying ketika beraksi bertemu pasangan Thailand, Puavaranukroh Dechapol dan Sapsiree Taerattanachai pada suku akhir beregu campuran kejohanan badminton Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam. - Foto Osman Adnan

SHAH ALAM: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia Celcom Axiata selepas menewaskan Puavaranukroh Dechapol-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Malawati Shah Alam itu, gandingan Peng Soon-Liu Ying mencatat kemenangan 21-18, 20-22, 21-17 ke atas Dechapol-Sapsiree.

Pasangan ke-12 dunia itu akan menentang pemenang perlawanan antara pilihan pertama dari China, Zhang Nan-Zhaou Yunlei dengan Danny Bawa Chrisnanta-Vanessa Neo dari Singapura untuk perebutan tiket ke pentas final, esok.

Berita Harian X