Selasa, 29 March 2016 | 8:12am

Yarmolenko wira Ukraine tewaskan Wales

AKSI pemain Ukraine, Andriy Yarmolenko (kanan) pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Wales, awal pagi tadi. - Foto Reuters
AKSI pemain Ukraine, Andriy Yarmolenko (kanan) pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Wales, awal pagi tadi. - Foto Reuters

KIEV: Pemain Ukraine, Andriy Yarmolenko meledak untuk kemenangan 1-0 ke atas Wales dalam aksi persahabatan antarabangsa menjelang Euro 2016, awal pagi tadi.

Pemain sayap Dynamo Kiev yang dikaitkan dengan beberapa kelab Inggeris itu, memecah kebuntuan pada minit ke-28 selepas memanfaatkan bola lambung daripada sepakan percuma Ruslan Rotan.

Lima hari lalu, skuad kendalian Mykhaylo Fomenko itu menewaskan Cyprus 1.

Ukraine yang layak ke Euro tahun ini menerusi kemenangan ke atas Slovenia dalam penentuan 'playoff', akan berdepan juara dunia Jerman, Poland dan Ireland Utara, manakala Wales bertemu England, Russia dan Slovakia.

Pengendali Wales, Chris Coleman melakukan enam pertukaran dan menggunakan formasi 5-3-2 yang tampak mantap sehingga jaringan padu Yarmolenko dari jarak dekat.

"Jika kami menurunkan skuad terkuat sekali pun, ia masih perlawanan yang sukar buat kami," kata Coleman yang kehilangan khidmat Gareth Bale dan Aaron Ramsey pada perlawanan itu.

"Ia adalah ujian yang baik buat kami sebelum Russia dan Slovakia (di Euro)." - REUTERS

Berita Harian X