X
Jumaat, 25 March 2016 | 10:14am

Simon Church bantu Wales ikat Ireland Utara 1-1

PENYERANG gantian Simon Church menyempurnakan penalti pada minit ke-89. - Foto Reuters
PENYERANG gantian Simon Church menyempurnakan penalti pada minit ke-89. - Foto Reuters

CARDIFF: Penyerang gantian Simon Church menyempurnakan penalti pada minit ke-89 untuk membantu Wales mengikat Ireland Utara 1-1 dalam aksi pemanas badan Euro 2016 di Cardiff, awal pagi tadi.

Craig Cathcart meletakkan pelawat di depan selepas setengah jam aksi Stadium Cardiff City, tetapi Churh, yang dipinjamkan ke Aberdeen daripada Milton Keynes Dons, mudah menyepak masuk sepakan penalti untuk melebarkan rekod tanpa kalah lapan perlawanan kepada Ireland Utara.

Ia bermakna skuad bimbingan Chris Coleman, yang turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Gareth Bale dan Aaron Ramsey, mengelak kekalahan kedua berturut-turut di laman sendiri selepas kekalahan 3-2 di tangan Belanda November lalu.

"Saya berasa pemain harus berbangga dengan pencapaian ini, dan tanpa tujuh atau lapan yang tidak beraksi di kempen kelayakan ia bukannya mudah," kata pengurus Wales, Coleman.

"Satu atau dua pemain ini semestinya membuat saya lebih sukar untuk memilih 23 pemain terbaik dunia."

Wales, yang akan bersiap sedia untuk menghadapi kejohanan utama sejak Piala Dunia 1958, bertandang ke Kiev Selasa ini untuk bertemu Ukraine, manakala anak-anak buah Michael O'Neill berdepan Slovenia, Isnin ini.

Berita Harian X