X
Khamis, 10 March 2016 | 3:22pm

Brazil diberi tempoh hingga 18 Mac dari singkir Olimpik

MARCO Aurelio Klein.
MARCO Aurelio Klein.

SAO PAULO: Brazil tidak rela mengambil risiko disingkirkan daripada Sukan Olimpik anjuran sendiri dan yakin mampu memenuhi peraturan anti-doping sebelum tarikh akhir minggu depan, kata pihak berkuasa anti-doping negara itu semalam.

Dengan temasya terbesar dunia itu menyingkap tirainya di Rio pada Ogos ini, Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) menetapkan 18 Mac sebagai tarikh akhir buat Brazil memenuhi peraturan doping terbabit.

"Hanya terdapat lima hari waktu bekerja untuk menjadikannya ia satu kenyataan dan ia akan berlaku," kata Setiausaha Pihak Berkuasa Anti-Doping Brazil, Marco Aurelio Klein.

"Saya pasti kami akan berjaya melakukannya kerana kami tiada pilihan. Ia adalah perkara asas dalam menjadi tuan rumah Sukan olimpik."

Brazil diberi amaran November lalu bahawa mereka perlu memastikan sistem anti-doping selaras dengan garis panduan ditetapkan WADA. - Reuters

Berita Harian X