Rabu, 27 Januari 2016 | 8:15am
PEMAIN Liverpool, Joe Allen meraikan gol selepas sepakan penalti ketika menentang Stoke City
PEMAIN Liverpool, Joe Allen meraikan gol selepas sepakan penalti ketika menentang Stoke City

Mignolet, Allen bawa Liverpool ke Wembley

LIVERPOOL: Simon Mignolet tampil sebagai penyelamat Liverpool apabila menyelamatkan sepakan penalti Marc Muniesa untuk mara ke final Piala Liga Inggeris dengan mengetepikan Stoke City 6-5 menerusi penentuan penalti.

Perlawanan separuh akhir kedua ini terpaksa diheret ke masa tambahan dan sepakan penentuan, selepas kelebihan satu gol Liverpool pada aksi pertama dipadam oleh jaringan Marko Arnautovic meskipun dilihat berada dalam kedudukan ofsaid

Ketika Mignolet berjaya menggagalkan sepakan Muniesa, skuad The Reds juga harus berterima kasih kepada Joe Allen yang berjaya menyempurnakan sepakan penentuan terakhir.

Berdasarkan prestasi semasa, kejayaan Liverpool itu begitu diperlukan buat pengurusnya, Jurgen Klopp, yang bakal menanti Manchester City atau Everton pada aksi final dijadualkan 28 Februari ini.

"Gol mereka adalah ofsaid tetapi akhirnya kami bernasib baik pada penentuan penalti.

"Selepas 120 minit, pemain, penyokong dan Liverpool memang berhak menang. Wembley adalah tempat yang menarik untuk bola sepak tetapi kami ke sana untuk menang," kata Klopp.

- AFP

Berita Harian X