LIVERPOOL: Jaringan lewat Divock Origi menyelamatkan Liverpool apabila seri 2-2 dengan West Bromwich Albion pada aksi Liga Perdana Inggeris, di Anfield, awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Juergen Klopp hampir hilang tiga mata apabila West Brom memberikan tentangan sengit meskipun Liverpool beraksi di hadapan penonton sendiri.
Liverpool memperoleh gol awal menerusi Jordan Henderson pada minit ke-21 sebelum West Brom bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Craig Dawson pada minit ke-31.
Giliran pasukan pelawat pula mendahului 2-1 menerusi jaringan Jonas Olsson pada minit ke-73.
Ketika West Brom berkira-kira untuk membawa pulang tiga mata penuh, jaringan Origi pada minit ke-96 menjadikan kedudukan kembali seri 2-2. - AFP