Khamis, 10 Disember 2015 | 6:09pm

MHC dapat tajaan RM60 juta ASTRO Arena

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mendapat suntikan tajaan bernilai RM60 juta untuk tempoh lapan tahun bermula tahun ini hingga tahun 2023.

Tajaan oleh ASTRO Arena itu membabitkan wang tunai RM18 juta manakala bakinya sebanyak RM42 juta pula berbentuk kos penyiaran.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, tajaan ini akan memperkasakan lagi program pembangunan hoki negara di peringkat domestik dan antarabangsa.

"Tahun ini menandakan satu lagi episod penting untuk MHC dalam perjalanan kita menuju untuk membangunkan sukan ini di peringkat domestik dan antarabangsa," katanya di sini, sebentar tadi.

"Sejak Jun, MHC sudah berusaha mewujudkan pelbagai saluran untuk menambah baik sukan hoki Malaysia."

Antaranya melancarkan pelan empat tahun membabitkan memorandum persefahaman dengan Hoki Australia bagi membantu negara layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, kerjasama dengan TNB dan terbaru dengan ASTRO Arena.

Berita Harian X