Selasa, 24 November 2015 | 7:48pm

Badrul terus gah, pecah rekod 200m

ATLET muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap.
ATLET muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap.

KUALA LUMPUR: Atlet muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap muncul Raja Pecut Sekolah ASEAN apabila menjuarai acara 200 meter (m) temasya sukan itu dengan memecahkan rekod kejohanan miliknya sendiri, di Brunei hari ini.

Badrul, 18, yang sebelum ini menjuarai acara 100m, mendapat pingat emas keduanya dalam acara pecut apabila memenangi acara 200m dengan catatan terpantas 21.39 saat (s), sekali gus mengatasi rekodnya sendiri iaitu 21.61s yang dilakukannya di Filipina, tahun lalu.

Dia menewaskan rakan senegara, Khairul Hafiz Jantan yang meraih pingat perak dengan catatan 21.47s manakala Vitnasu Phosri dari Thailand mendapat gangsa dengan 22.05s.

Dalam acara 100m semalam, Badrul Hisyam mengakhiri penantian 17 tahun apabila memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 10.29s, 0.01 saat lebih pantas daripada rekod milik Watson Nyambek. - BERNAMA

Berita Harian X