Sabtu, 28 November 2015 | 8:55am

Shevchenko sertai pasukan jurulatih kebangsaan Ukraine

BEKAS bintang penyerang Ukraine, Andriy Shevchenko.
BEKAS bintang penyerang Ukraine, Andriy Shevchenko.

KIEV: Bekas bintang penyerang Ukraine, Andriy Shevchenko bakal menyertai pasukan jurulatih kebangsaan negara itu, demikian lapor rangkaian televisyen Ukrainian Football 1 memetik penolong jurulatih kebangsaan, Olexandr Zavarov.

Zavarov, yang kini berkhidmat dengan ketua jurulatih Mykhaylo Fomenko, memberitahu bahawa Shevchenko, 39, akan memberi idea baru kepada pasukan kejurulatihan nanti.

Shevchenko adalah bintang bola sepak Ukraine yang mencatat rekod jaringan 48 gol dalam 111 perlawanan dan menang anugerah berprestij, Ballon d'Or pada 2004 ketika bersama kelab gergasi Itali, AC Milan.

Dia bersara daripada bola sepak selepas Euro 2012 apabila Ukraine menjadi tuan rumah bersama dengan Poland.

Shevchenko sebelum ini ditawarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Ukraine untuk menjadi ketua jurulatih kebangsaan pada November 2012 namun menolaknya kerana tidak mempunyai sijil kelayakan jurulatih.

Halangan itu diatasi pada Mac 2015 apabila Shevchenko, yang turut beraksi bersama Dynamo Kiev dan Chelsea selepas dia menghabiskan program jurulatih profesional UEFA selama dua tahun. - Reuters

Berita Harian X