Ahad, 16 Ogos 2015 | 10:49pm

Badminton Dunia: China dominasi, rangkul 3 daripada 5 kejuaraan

CHEN Long menjuarai perlawanan selepas menentang Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lekaki Kejohanan Badminton Dunia 20150 - Foto AFP
CHEN Long menjuarai perlawanan selepas menentang Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lekaki Kejohanan Badminton Dunia 20150 - Foto AFP

JAKARTA: China terus mendominasi badminton antarabangsa apabila merangkul tiga kejuaraan pada Kejohanan Dunia 2015 yang berakhir di sini, sebentar tadi.

Negara itu memenangi acara perseorangan lelaki melalui Chen Long; beregu wanita, (Tian Qing-Zhao Yunlei) dan beregu campuran menerusi gandingan Zhang Nan-Zhao Yunlei,

Selain itu, dua wakil mereka juga muncul naib juara iaitu beregu lelaki (Liu Xiaolong-Qiu Zihan) dan Liu Cheng-Bao Yixin (beregu campuran).

Bintang Sepanyol, Carolina Marin memenangi acara perseorangan wanita manakala tuan rumah, Indonesia memenangi acara beregu lelaki menerusi Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.

Malaysia pula muncul naib juara acara perseorangan lelaki menerusi Datuk Lee Chong Wei manakala India menerusi Saina Nehwal bagi acara perseorang wanita.

Gandingan Denmark, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl juga naib juara, bagi acara beregu wanita.

KEPUTUSAN FINAL HARI INi

Perseorangan lelaki:

Chen Long (CHN) mn Lee Chong Wei (MAS) 14-21, 17-21

Perseorangan wanita:

Carolina Marin (ESP) mn Saina Nehwal (IND) 21-16, 21-19

Beregu lelaki:

Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan (INA) mn Liu Xiaolong-Qiu Zihan (CHN) 17-21, 14-21

Beregu wanita:

Tian Qing-Zhao Yunlei (CHN) mn Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl (DEN) 25-23, 8-21, 15-21

Beregu campuran:

Zhang Nan-Zhao Yunlei (CHN) mn Liu Cheng-Bao Yixin (CHN) 21-17, 21-11

- AGENSI

Berita Harian X