ST PETERSBURG, Russia: Berikut adalah keputusan undian kelayakan Piala Dunia Russia 2018 yang diadakan di sini, awal pagi tadi waktu Malaysia, membabitkan benua Amerika Selatan, Afrika, Asia, CONCACAF dan Oceania.
Pusingan akhir Piala Dunia akan diadakan di Russia pada 14 Jun hingga 15 Julai 2018.
AMERIKA SELATAN (4 atau 5 pasukan bakal layak)
Sebanyak 10 negara akan berentap dengan menggunakan sistem pusingan robin dan timbal balik. Empat pasukan teratas akan layak secara automatik manakala tempat kelima akan berentap dengan wakil benua Oceania menerusi aksi playoff secara timbal balik.
Negara: Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, Paraguay, Peru, Uruguay, Venezuela
UTARA, TENGAH AMERIKA DAN CARIBBEAN - (CONCACAF) - 3 atau 4 negara layak)
*Pusingan ketiga (peringkat awal) - 31 Ogos hingga 8 September 2015. Pemenang bakal mara
Antigua and Barbuda mln Guatemala
Canada mln Belize
Curacao mln El Salvador
Grenada mln Haiti
Jamaica mln Nicaragua
St. Vincent and the Grenadines mln Aruba
Pusingan keempat (7 November hingga 6 September 2015)
*diadakan secara pusingan robin dan timbal balik. Dua pasukan teratas setiap kumpulan melangkah ke pusingan seterusnya
Kumpulan A: Pemenang Canada-Belize, pemenang Curacao-El Salvador, Honduras, Mexico
Kumpulan B: Costa Rica, pemenang Grenada-Haiti, pemenang Jamaica-Nicaragua, Panama
Kumpulan C: Pemenang Antigua and Barbuda-Guatemala, pemenang St Vincent and the Grenadines-Aruba, Trinidad and Tobago, Amerika Syarikat
*Pusingan kelima secara pusingan robin dan timbal balik pada 7 November hingga 10 Oktober 2017. Tiga pasukan teratas akan melangkah ke pusingan akhir di Russia. Pasukan di tangga keempat akan bertemu wakil Asia menerusi aksi playoff
ASIA (4 atau 5 negara bakal layak)
*Pusingan kedua mengikut sistem pusingan robin dan timbal balas bermula daripada 11 Jun 2015 hingga 29 Mac 2016. Pemenang kumpulan dan empat terbaik di tempat akan melangkah ke pusingan seterusnya.
Kumpulan A: East Timor, Malaysia, Palestine, Saudi Arabia, United Arab Emirates
Kumpulan B: Australia, Bangladesh, Jordan, Kyrgyzstan, Tajikistan
Kumpulan C: Bhutan, China, Hong Kong, Maldives, Qatar
Kumpulan D: Guam, India, Iran, Oman, Turkmenistan
Kumpulan E: Afghanistan, Cambodia, Japan, Singapore, Syria
Kumpulan F: Iraq, Taiwan, Thailand, Vietnam (Indonesia disqualified)
Kumpulan G: Kuwait, Laos, Lebanon, Myanmar, South Korea
Kumpulan H: Bahrain, North Korea, Philippines, Uzbekistan, Yemen
*Pusingan ketiga akan diadakan pada 29 Ogos hingga 5 September 2017.
*Perlawanan secara pusingan robin dan timbal balik. Terdapat dua kumpulan dengan setiap satu ada enam negara. Pasukan dua teratas akan layak ke Russia, manakala tempat ketiga akan berentap untuk aksi playoff dengan pemenang bakal bertemu wakil CONCACAF untuk satyu lagi aksi playoff.
AFRICA (5 negara bakal layak)
*Pusingan pertama pada 5 hingga 13 Oktober 2015. Pemenang akan mara
Central African Republic mln Madagascar
Chad mln Sierra Leone
Comoros mln Lesotho
Djibouti mln Swaziland
Eritrea mln Botswana
Gambia mln Namibia
Liberia mln Guinea-Bissau
Mauritius mln Kenya
Sao Tome e Principe mln Ethiopia
Seychelles mln Burundi
Somalia mln Niger
South Sudan mln Mauritania
Tanzania mln Malawi
**Pusingan kedua pada 9 hingga 17 November 2015. Pemenang akan mara
Angola mln South Africa
Benin mln Burkina Faso
Pemenang Central African Republic-Madagascar mln Senegal
Pemenang Chad-Sierra Leone mln Mesir
Pemenang Comoros-Lesotho mln Ghana
Pemenang Djibouti-Swaziland mln pemenang Nigeria-Eritrea mln pemenang Botswana
mln Mali
Pemenang Gambia-Namibia mln Guinea
Pemenang Liberia-Guinea-Bissau mln Ivory Coast
Libya mln Rwanda
Pemenang Mauritius-Kenya mln Cape Verde Islands
Morocco mln Equatorial Guinea
Mozambique mln Gabon
Pemenang Sao Tome e Principe-Ethiopia mln Republic of Congo
Pemenang Seychelles-Burundi mln Congo
Pemenang Somalia-Niger mln Cameroon
Pemenang South Sudan-Mauritania mln Tunisia
Sudan mln Zambia
Tanzania-Malawi mln Algeria
Togo mln Uganda
*Pusingan ketiga pada 3 Oktober 2016 hingga 14 November 2017. Terdapat lima kumpulan dengan pemenang ditentukan menerusi sistem pusingan robin dan timbal balik. Juara kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir di Russia
OCEANIA (Hanya 1 atau tiada bakal layak)
*Pusingan pertama diadakan pada 31 Ogos hingga 4 September 2015, secara pusingan robin dan timbal balik. Pemenang akan mara.
Negara: American Samoa, Cook Islands, Samoa, Tonga
*Pusingan kedua pada 28 Mei hingga 12 Jun 2015. Tiga pasukan terbaik setiap kumpulan (ada dua) yang membabitkan empat pasukan bakal mara
Kumpulan A: New Caledonia, Papua New Guinea, Tahiti, pemenang pusingan pertama
Kumpulan B: Fiji, New Zealand, Solomon Islands, Vanuatu
*Pusingan ketiga pada 20 Mac hingga 10 Oktober 2017. Ada dua kumpulan mengandungi tiga pasukan akan beraksi secara timbal balik. Pemenang akan mara ke peringkat seterusnya untuk aksi playoff menentang wakil Amerika Selatan. - AP