Khamis, 9 Julai 2015 | 9:52pm

4,000 dijangka sertai Allianz Pacer Run 2015

KUALA LUMPUR: Syarikat pegangan pelaburan dalam industri insurans, Allianz Malaysia, mensasarkan 4,000 peserta pada larian Allianz Pacer Run 2015 di Dataran Putrajaya, pada 6 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir berkata pendaftaran akan dibuka esok sehingga 9 Ogos ini atau sehingga sasaran bilangan peserta dicapai.

Pada majlis pelancaran di sini hari ini, beliau berkata idea acara larian itu tercetus daripada program larian komuniti diperkenalkan pada Oktober 2013 yang merangkumi acara larian santai, klinik bimbingan dan aktiviti lain.

"Selepas dua tahun, kami memberanikan diri untuk menganjurkan acara besar ini bagi memberi inspirasi kepada lebih banyak orang untuk menyertai acara larian," katanya.

Pendaftaran untuk acara itu boleh dilakukan menerusi laman Facebook di alamat hooha.asia atau 'AllianzPacer'. - BERNAMA

Berita Harian X