Jumaat, 3 Julai 2015 | 3:23pm
ATLET Gimnastik Kebangsaan, Tan Ing Yueh (kiri) Nur Eli Ellina Azmi, Farah Ann abdul Hadi (tiga dari kanan belakang) Tracie Ang bersama jurulatih Nataliya sinkova (kanan) sesi latihan untuk Sukan Universiti Dunia (Universiade) Gwangju Korea Selatan 2015 di Gynasium Sekolah Tinggi Pendidikan Fizikal Gwangju. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Universiade: Farah Ann, rakan mula cabaran esok

GWANGJU, Korea Selatan: Selepas beraksi cemerlang di Sukan SEA Singapura, skuad gimnastik artistik wanita negara bakal meneruskan cabaran pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di sini, yang bermula esok.

Dibarisi gimnas berpengalaman iaitu Farah Ann Abdul Hadi, Tan Ing Yueh, Nur Eli Ellina Azmi dan Tracie Ang, skuad negara ini bakal turun buat pertama kalinya pada saingan peringkat dunia.

Jurulatih pasukan, Nataliya Sinkova berkata, anak buahnya agak keletihan berikutan jadual pertandingan yang padat pada tahun ini.

"Atlet kita tidak mengalami kecederaan namun mereka baharu saja menyertai Sukan SEA di Singapura dan kemudian datang ke sini. Jadi mereka memang sangat keletihan.

"Saya tidak meletakkan tekanan tetapi mereka teruja kerana dapat menyertai temasya bertaraf dunia dan mahu melakukan terbaik," katanya selepas sesi latihan terakhir di gimnasium Sekolah Tinggi Pendidikan Jasmani Gwangju, di sinim sebentar tadi.

Sinkova yakin saingan sengit bakal datang daripada gimnas negara Amerika Syarikat, Russia dan Jepun.

Jurulatih itu berkata jadual pertandingan gimnas negara buat kali pertamanya padat pada tahun ini.

"Pada hujung bulan ini kami akan menyertai Kejohanan Gimnastik Asia di Hiroshima kali keenam.

"Mereka tahu tentang jadual yang padat namun mahu ikut serta semua kerana ingin mendapatkan pendedahan sebanyak mungkin," katanya.

Berita Harian X