Sabtu, 27 Jun 2015 | 11:51am

Olahraga: Powell catat masa 9.84s

ASAFA Powell (tengah) memenangi acara 100 meter dalam saingan final ujian pemilihan Jamaica dengan catatan masa, 9.84 saat, di sini, semalam. - Foto REUTERS
ASAFA Powell (tengah) memenangi acara 100 meter dalam saingan final ujian pemilihan Jamaica dengan catatan masa, 9.84 saat, di sini, semalam. - Foto REUTERS

KINGSTON, Jamaica: Bekas pemegang rekod dunia, Asafa Powell memenangi acara 100 meter dalam saingan final ujian pemilihan Jamaica dengan catatan masa, 9.84 saat, di sini, semalam.

Kemenangan berkenaan adalah kali ketujuh buat pelari deras berusia 32 tahun ini selepas mendominasi perlumbaan tiga pusingan itu dengan pecutan bertenaga.

Terdahulu, juara dunia tahun 2011, Yohan Blake, gagal mara ke final selepas hanya mampu mencatatkan masa 10.35 saat untuk menduduki tempat keenam di peringkat separuh akhir sebelum itu.

Pemegang rekod dunia, Usain Bolt sebelum ini dilapor akan turut serta acara 100 meter ini, namun menarik diri di saat akhir atas nasihat jurulatihnya. Dia sudah pun layak ke final Kejohanan Dunia di China pada Ogos ini. - AP

Berita Harian X