SPIELBERG, Austria: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel muncul pemandu terpantas pada sesi latihan ketiga dan terakhir Grand Prix Austria, di sini, sebentar tadi ketika hujan membasahi trek perlumbaan menjelang pusingan kelayakan esok.
Juara empat kali Formula Satu (F1) itu mencatatkan masa 1 minit, 9.994 saat, bagi meneruskan rentaknya yang dilakukan semalam, bila melakukan catatan masa terpantas pada latihan kedua.
Vettel mencatatkan 0.017 saat lebih pantas berbanding pendahulu perlumbaan, Lewis Hamilton yang kini memburu kejuaraan kelima musim ini, dan 0.183 saat di depan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen, di tempat ketiga sesi latihan.
Rakan sepasukan Hamilton bersama Mercedes, Nico Rosberg di tempat kelima di belakang pemandu pasukan Force India dari Mexico, Sergio Perez. - AP
Keputusan sesi latihan ketiga dan terakhir GP Austria
1. Sebastian Vettel (Jerman Ferrari 1:09.994
2. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:10.011
3. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:10.177
4. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:10.221
5. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes 1:10.332
6. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:10.408
7. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:10.417
8. Max Verstappen (Belanda) Toro Rosso - Renault 1:10.436
9. Pastor Maldonado (Venezuela) Lotus - Mercedes 1:10.576
10. Romain Grosjean (Perancis) Lotus - Mercedes 1:10.863
11. Nico Huelkenberg (Jerman) Force India - Mercedes 1:11.009
12. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari 1:11.058
13. Carlos Sainz Jr (Sepanyol) Toro Rosso - Renault 1:11.139
14. Daniil Kvyat (Russia) RedBull - Renault 1:11.139
15. Fernando Alonso (Sepanyol) McLaren 1:11.168
16. Daniel Ricciardo (Australia) RedBull - Renault 1:11.819
17. Felipe Nasr (Brazil) Sauber - Ferrari 1:11.906
18. Jenson Button (Britain) McLaren 1:12.616
19. Will Stevens (Britain) Marussia - Ferrari 1:13.328
20. Roberto Merhi (Sepanyol) Marussia - Ferrari 1:13.960