SINGAPURA: Kontinjen negara meraih satu lagi emas hari ini dan kali ini, menerusi sukan boling.
Pingat itu hadir menerusi gandingan Esther Cheah dan Sin Li Jane yang menguasai saingan beregu wanita di Orchid Country Club, sebentar tadi.
Mereka melakukan 2,651 jatuhan pin.
Satu lagi gandingan negara, Syaidatul Afifah dan Shalin Zulkifli menduduki tempat ketiga untuk berpuas hati dengan pingat gangsa, hasil himpunan 2,524 jatuhan pin.
Pingat perak pula dimenangi gandingan Indonesia yang melakar 2,545 jatuhan.