Selasa, 2 Jun 2015 | 9:41am
SETIAUSAHA Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Jerome Valcke. - Foto AFP
SETIAUSAHA Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Jerome Valcke. - Foto AFP

Orang kanan Sepp Blatter pindah wang AS$10 juta - Akhbar

NEW YORK: Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Jerome Valcke, orang kanan Sepp Blatter dikatakan membuat transaksi bank AS$10 juta ke dalam akaun yang dikawal seorang pegawai tertinggi badan induk bola sepak dunia itu.

Akhbar New York Times hari ini melaporkan, pihak berkuasa persekutuan Amerika Syarikat (AS) berkata pemindahan wang berjuta dolar pada 2008 dari akaun FIFA yang dikawal bekas naib presidennya, Jack Warner adalah kunci utama yang membawa kepada pembongkaran skandal rasuah FIFA.

Akhbar itu memetik beberapa pegawai penguatkuasa AS berkata, pembayaran itu adalah aspek yang membawa kepada penahanan sembilan pegawai FIFA, minggu lalu.

Ia itu menunjukkan penyiasatan mengenai pemindahan wang itu semakin menghampiri kepada Blatter, kata akhbar itu. - AFP

Berita Harian X