Khamis, 21 Mei 2015 | 6:16pm

Hamilton rakam masa terpantas sesi latihan GP Monaco

JUARA Formula Satu (F1), Lewis Hamilton berjalan di lorong pit ketika sesi latihan pertama Formula Satu Monaco Grand Prix di Litar Monte Carlo di Monaco. - Foto EPA
JUARA Formula Satu (F1), Lewis Hamilton berjalan di lorong pit ketika sesi latihan pertama Formula Satu Monaco Grand Prix di Litar Monte Carlo di Monaco. - Foto EPA

MONACO: Juara Formula Satu (F1), Lewis Hamilton merakamkan masa terpantas mengatasi pelumba berusia 17 tahun, Max Verstappen dalam sesi latihan pertama, hari ini menjelang Grand Prix Monaco, Ahad ini.

Hamilton yang menjuarai tiga daripada lima perlumbaan, musim ini dan sudah menandatangani kontrak baharu tiga tahun bersama Mercedes menyudahkan perlumbaan itu dengan perpuluhan 149 saat lebih pantas daripada Verstappen.

Pemandu muda itu yang mewakili pasukan Toro Rosso berlumba buat pertama kali di litar Monaco.

Daniel Ricciardo mendapat tempat ketiga untuk Red Bull, mengatasi pelumba Ferrari, Sebastian Vettel.

Nico Rosberg yang berada di tempat kedua pungutan mata kejuaraan setakat ini cemas pada mulanya selepas jenteranya, Mercedes terlanggar penghadang di litar. Namun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan. - Reuters

Berita Harian X