KUALA LUMPUR: Pemilihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), hari ini menyaksikan satu kejutan apabila George Koshy memenangi jawatan Timbalan Presiden bagi penggal baharu.
Bekas pengurus skuad kebangsaan negara itu menewaskan Naib Presiden Kanan persekutuan, Datuk Nur Azmi Ahmad dengan kelebihan tiga undi pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu.
Koshy, 54, yang juga bekas Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur mendapat 16 manakala Azmi, 13 daripada undian dilakukan oleh 15 gabungan badan induk itu.
Terdahulu, Datuk Seri Subahan Kamal menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden MHC menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memilih untuk berundur.
Bagi jawatan Timbalan Presiden bahagian wanita - seperti diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan - Dr Shamala Subramaniam menang menewaskan K Maheswari 17-12.
Sementara itu, mereka yang terpilih bagi jawatan naib presiden adalah Datuk Wan Ahmad Nizam, Datuk Ow Soon Kooi, S Satish Kumar, Majid Manjit Abdullah, Datuk N Radhakrishnan, Nik Zarah Nik Abdul Kadir dan S Nagula.
INFO
Barisan Kepimpinan MHC 2015-2018
Presiden: Datuk Seri Subahan Kamal
Timbalan Presiden (lelaki): George Koshy
Timbalan Presiden (wanita): Dr S Shamala
Naib Presiden: Datuk Wan Ahmad Nizam Abd Hamid
Datuk Ow Soon Kooi
Nik Zarah Nik Abdul Kadir
S Satish Kumar
Majid Manjit Singh
Datuk Radhakrishnan Nair
S Nagula