Khamis, 9 April 2015 | 12:43pm

UEFA putuskan aksi Croatia-Itali tanpa penyokong

NYON (Switzerland): Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengarahkan Craotia untuk mengharungi perlawanan kelayakan Euro 2016 selepas ini di stadium tertutup.

Tindakan itu dibuat sebagai hukuman atas kesalahan perkauman yang dilakukan penyokong negara itu, selain beberapa kesalahan salah laku lain.

UEFA berkata lembaga disiplin badan induk itu turut mendapati peminat Croatia bersalah kerana melakukan pembakaran selain membaling objek berbahaya ke dalam padang ketika perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Norway di Zagreb, bulan lalu.

Selain dipaksa beraksi tanpa penyokong pada perlawanan 12 Jun depan menentang Itali, Persatuan Bola Sepak Croatia juga didenda 50,000 euro (RM195,790).

Croatia ketika ini memiliki kelebihan dua mata di kedudukan teratas Kumpulan H di atas Itali. - AP

Berita Harian X