Rabu, 18 Februari 2015 | 8:38am
PEMAIN tengah Bayern Munich dari Belanda, Arjen Robben (tengah) bersaing dengan pertahanan Shakhtar Donetsk, Vyacheslav Shevchuk (kiri) dan Fernando (kanan) pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Arena Lviv, Ukraine awal pagi tadi. - Foto AFP

Liga Juara-Juara: PSG ikat Chelsea 1-1, Bayern seri tanpa jaringan

Penyerang Paris Saint-Germain dari Uruguay, Edinson Cavani (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Blaise Matuidi pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Parc des Princes, Paris, Perancis, awal pagi tadi. - Foto AFP

PARIS: Penyerang Edinson Cavani memberikan Paris Saint-Germain talian hayat dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi apabila menyumbat gol penyamaan ketika kelabnya berhempas pulas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Chelsea bagi saingan 16 terakhir.

Terdahulu pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic meletakkan pelawat di depan pada minit ke-36 perlawanan peringkat pertama itu hasil tandukan, kelibat Cavani pula melegakan peminat tuan rumah juga dengan tandukan pada minit ke-54.

Pemain pertahanan Chelsea dari Serbia, Branislav Ivanovic menjerit kepuasan selepas menjaringkan gol pertama perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Parc des Princes, Paris, Perancis, awal pagi tadi. - Foto AFP

"Keputusan ini tidak memihak kepada kami tapi saya ingin kekalkan semangat yang ditunjukkan oleh anak buah saya.

"Memang perlawanan ini seperti yang kami inginkan kecuali gol yang kami lepaskan. Tapi kita perlu ambil sikap yang amat positif hasil daripada perlawanan ini," kata jurulatih PSG, Laurent Blanc.

Blanc mengharapkan prestasi cemerlang daripada penyerang Zlatan Ibrahimovic tetapi ternyata Cavani lebih menyerlah dan tampak berupaya menjaringkan lebih banyak gol.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit, dia meluru ke dalam kotak penalti dan merembat tetapi sedikit tersasar.

Penjaga gawang, Thibaut Courtois yang menjadi pilihan apabila diturunkan berbanding Petr Cech berjaya mengawal mulut gol pelawat daripada terus dibolosi.

KAPTEN Chelsea, John Terry menendang bola keluar dari kotak penalti sambil penyerang Paris Saint Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic, (kanan) cuba mengasaknya pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Parc des Princes, Paris, Perancis, awal pagi tadi. - Foto AP

"Chelsea amat bernasib baik kerana mempunyai dua penjaga gol di tahap tertinggi. Selain ketinggian, dia amat pantas terutama di atas padang. Dia berjaya melayangkan badan untuk menyelamatkan bola dengan cepat," kata Blanc.

Dia menafikan percubaan cantik Cavani pada babak separuh masa pertama dan menyekat empat lagi percubaan bagi memberikan sedikit kelegaan kepada Chelsea bagi perlawanan peringkat kedua pada 11 Mac ini.

Sehubungan itu, pembimbing Chelsea, Jose Mourinho menyifatkan prestasi Courtois sebagai "luar biasa" dan mengakui anak buahnya bernasib baik kerana mencatat keputusan seri.

"Separuh masa kedua adalah milik mereka. Mereka nampak menuju kekalahan, mereka terus mengasak kami. Jika anda cipta peluang dan ditambah dengan prestasi penjaga gol, kami perlu jujur dan akui mereka boleh dapat lebih gol," kata Mourinho.

PSG tersingkir pada saingan suku akhir berdasarkan gol di tempat lawan kepada Chelsea musim lalu apabila menang peringkat pertama dengan 3-1 dan kalah 2-0 dalam peringkat kedua.

Pemain tengah Bayern Munich dari Sepanyol, Xabi Alonso (kanan) dilayangkan kad merah pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Lviv, Ukraine awal pagi tadi. - Foto AFP
Pemain tengah Bayern Munich dari Sepanyol, Xabi Alonso (kanan) dilayangkan kad merah pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Lviv, Ukraine awal pagi tadi. - Foto AFP

Sementara itu, satu lagi perlawanan dalam 16 terakhir menyaksikan Bayern Munich yang bermain 10 orang hanya seri tanpa jaringan ketika bertemu Shakhtar Donetsk di Lviv, Ukraine. - AP

Berita Harian X