Rabu, 10 Disember 2014 | 11:17am
PEMINAT di Stadium Santiago Bernabeu memaparkan kain rentang gergasi bertulis "Tiada keganasan, tiada rasism, hanya satu perasaan, Madrid dan tiada yang lain" ketika perlawanan Piala Raja Sepanyol membabitkan Real Madrid dan UE Cornella. Peminat pasukan jiran, Atletico Madrid, Francisco "Jimmy" Romero Taboada maut selepas didakwa terbabit dalam keganasan bola sepak ketika perlawanan menentang Deportivo la Coruna , 30 November lepas. - Foto AFP

Ketua keselamatan Atletico, Deportivo dipecat

MADRID: Kerajaan Sepanyol sudah mengarahkan pemecatan Ketua Keselamatan dua kelab La Liga, Atletico Madrid dan Deportivo La Coruna susulan kes keganasan hingga menyebabkan seorang peminat bola sepak maut, bulan lepas.

Menteri Keselamatan, Francisco Martinez mengumumkan langkah siasatan suruhanjaya parlimen bagi menyiasat pergaduhan yang menyaksikan perusuh merusuh menggunakan batang besi dan pisau sebelum perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan, 30 November lepas.

"Saya sudah memutuskan untuk mengarahkan pemecatan penyelaras keselamatan kedua-dua kelab sebagai langkah tanggungjawab bersama dengan kematian itu dan perbuatan ganas di jalanan di Madrid," kata Martinez.

Orang ramai melintasi mesej di atas jalan raya bertulis "Di sini tempat pembunuhan Francisco J. Romero. Jangan lupakan dan jangan memaafkan" di mana insiden berdarah itu berlaku pada 30 November lepas berdekatan Stadium Vicente Calderon. Romero didakwa terbunuh selepas bergaduh dengan penyokong radikal Deportivo la Coruna. - Foto AFP

Dia berkata pihak polis masih lagi menyiasat bagaimana ahli kumpulan Riazor Blues, kumpulan peminat radikal yang berpangkalan di Deportivo memperoleh lebih 110 tiket perlawanan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Lelaki yang maut dikatakan dipukul dan ditolak ke dalam sungai selepas terbabit dalam pergaduhan bersama seorang ahli Riazor Blues berusia 43 tahun/

Martinez dalam pada itu berkata kementeriannya juga mengusulkan protokol baru untuk pihak polis untuk memantau penyalahgunaan lisan di tempat duduk penyokong.

"Semua bentuk fizikal ataupun keganasan lisan perlu dihapuskan dalam semua sukan," katanya.

Persatuan Liga Bola Sepak Profesional Sepanyol dalam pada itu turut mengumumkan akan membuat aduan rasmi terhadap lima kelab termasuk Real Madrid dan Barcelona yang dituduh melakukan penyalahgunaan lisan oleh peminatnya. - AFP

Berita Harian X