Ahad, 7 Disember 2014 | 5:46pm
GELAGAT penyokong Malaysia, Tomijo Ridzuan (kiri) dan Husin Abdul Manan dari Lanchang, Pahang dengan gaya tersendiri ketika hadir di Stadium Shah Alam hari ini bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Vietnam. - Foto Sairien Nafis

Piala AFF: Bahang bola sepak sudah bermula di Shah Alam

PENYOKONG kedua-dua pasukan, Malaysia dan Vietnam bergambar bersama sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam malam ini. - Foto Sairien Nafis
PENYOKONG kedua-dua pasukan, Malaysia dan Vietnam bergambar bersama sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam malam ini. - Foto Sairien Nafis

SHAH ALAM: Stadium Shah Alam, malam ini pasti bergema dengan sorakan puluhan ribu penyokong setia Harimau Malaya.

Sepak mula aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia bertemu Vietnam jam 8 malam ini pastinya diharap menghasilkan berita gembira buat pemain ke-12 skuad negara itu.

Seawal jam 3 petang tadi lagi, ribuan penyokong Harimau Malaya sudah memenuhi perkarangan stadium, di sini dengan sorakan kecil mula kedengaran.

Sebahagian mereka turut berkesempatan membeli pelbagai aksesori skuad negara termasuk jersi dan mafla yang dijual peniaga di lokasi pintu masuk stadium.

GELAGAT penyokong Malaysia ketika hadir di Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Vietnam. - Foto Sairien Nafis
GELAGAT penyokong Malaysia ketika hadir di Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Vietnam. - Foto Sairien Nafis

Seperti biasa, Ultras Malaya akan mengambil posisinya di belakang gawang gol untuk mengetuai jentera sorak penyokong negara.

Sementara itu, laluan di hadapan pintu masuk utama stadium juga kelihatan sudah mula sesak dengan kenderaan dan bas yang membawa penyokong.

Anggota trafik mula mengawal lalu lintas di semua laluan masuk ke stadium bagi memastikan arah trafik lancar.

Kehadiran penyokong juga dijangka akan terus meningkat menjelang lewat petang ini.

Kedua-dua pasukan diramal akan mempamerkan aksi penuh konsisten untuk memperoleh kemenangan bagi memastikan sama ada Vietnam atau Malaysia membawa bekalan gol selesa dalam perlawanan kedua di Stadium My Dihn, Hanoi, Khamis depan.

Apa yang pasti, skuad kendalian Dollah Salleh perlu merobek gol Vietnam untuk memastikan sekurang-kurangnya jaringan 2-0 diperoleh Malaysia, menyamai rekod pada pertemuan Piala AFF Suzuki 2010 lalu.

Berita Harian X