Khamis, 30 Oktober 2014 | 11:47am
SEORANG penyokong Pahang pengsan ketika berebut untuk membeli tiket di Stadium Darul Makmur bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang bertemu JDT yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini. - Foto Mustaffa Kamal

Keadaan di Stadium Mini Temerloh kecoh, penyokong potong barisan

ANGGOTA polis mengawal suasana di kaunter tiket Stadium Darul Makmur apabila orang ramai berebut untuk mendapat tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dengan JDT di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini. - Foto Zulkepli Osman

TEMERLOH: Suasana di Stadium Mini Temerloh di sini, sebentar tadi sedikit kecoh apabila penyokong yang datang lewat cuba memotong barisan di kaunter penjualan tiket perlawanan final Piala Malaysia.

Sebaik kaunter dibuka pada jam 9.50 pagi, keadaan mula sesak dan pihak pengurusan terpaksa membuka tiga barisan termasuk satu yang dikhaskan untuk wanita.

Sekurang-kurangnya dua lelaki mengalami sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital manakala seorang remaja terseliuh kaki akibat terjatuh dan dipijak.

Sehingga kini, sudah lebih 4,000 peminat membanjiri kaunter tiket dan mereka berbaris sepanjang satu kilometer.

Begitupun peruntukan yang diberikan kepada kaunter di Stadium Mini Temerloh hanya terhad kepada 5,000 tiket dengan setiap pembeli hanya dibenarkan membeli dua tiket.

Berita Harian X