Selasa, 28 Oktober 2014 | 7:41pm
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter.
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter.

FIFA bantah usaha boikot Piala Dunia 2018 - Blatter

MOSCOW: Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, hari ini membantah sebarang boikot ke atas Piala Dunia 2018 di Russia.

Dia turut menyokong persiapan besar digalas kerajaan Presiden Russia, Vladimir Putin bagi temasya sukan terbesar ini.

"Boikot tidak akan memberi apa-apa kesan positif," kata Blatter.

"Kami percaya negara ini dan kerajaan. FIFA sokong penganjuran Piala Dunia oleh Russia," kata Blatter.

Bulan lalu, sumber diplomatik berkata negara Eropah sedang membincangkan kemungkinan memboikot Piala Dunia kerana konflik di timur Ukraine.

Piala Dunia 2018 akan diadakan di 11 gelanggang iaitu di Moscow, Saint Petersburg, Kazan, Nizhny Novgorod, Saransk, Kaliningrad, Volgograd, Yekaterinburg, Samara, Sochi dan Rostov-on-Don. - AFP

Berita Harian X