Selasa, 7 Oktober 2014 | 8:50pm

Tujuh negara bersaing jadi tuan rumah Piala Negara Afrika 2017

CAPE TOWN: Tujuh negara membuat bidaan mendapatkan selaku tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika 2017 ketika Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) mencari pengganti untuk Libya.

Badan induk itu mengesahkan, hari ini bahawa Algeria, Mesir, Gabon, Ghana, Kenya, Sudan dan Zimbabwe menepati tarikh tutup bidaan itu pada 30 September lalu untuk mengemukakan rancangan bagi kejohanan.

Negara berkenaan turut mengesahkan minat masing-masing untuk mendapatkan hak penganjuran kejohanan benua itu.

"Negara tuan rumah akan diputuskan Jawatankuasa Eksekutif CAF pada 2015," menurut kenyataan ringkas CAF.

Berita Harian X