Khamis, 11 September 2014 | 8:27am
PENYERANG Cameroon, Maxim Choupo-Moting (tengah) diasak pertahanan Ivory Coast, Jean-Daniel Akpa-Akpro (kiri) pada aksi perlawanan kelayakan Piala Negara-negara Afrika 2015, awal pagi tadi. - Foto AFP
PENYERANG Cameroon, Maxim Choupo-Moting (tengah) diasak pertahanan Ivory Coast, Jean-Daniel Akpa-Akpro (kiri) pada aksi perlawanan kelayakan Piala Negara-negara Afrika 2015, awal pagi tadi. - Foto AFP

Cameroon garang belasah Ivory Coast

JOHANNESBURG: Pasukan Cameroon berwajah baru menyambung permulaan baik dalam kelayakan bola sepak Piala Negara-negara Afrika 2015 dengan membelasah barisan bintang Ivory Coast 4-1 di Yaounde, awal pagi tadi.

Clinton N'Jie dan Vincent Aboubakar masing-masing menyumbang dua gol untuk pasukan bergelar Indomitable Lions itu dengan Pemain Terbaik Afrika, Yaya Toure mendapatkan gol sagu hati untuk The Elephants.

Cameroon, Algeria, Congo Brazzaville, Burkina Faso, Cape Verde Islands, Senegal dan Tunisia kini berjaya merakamkan kemenangan berturut-turut manakala Mesir kini dalam situasi bahaya selepas kalah dua kali berturut-turut.

Juara bertahan, Nigeria mengekalkan rekod tidak pernah kalah atau pun melepaskan gol kepada Afrika Selatan dalam perlawanan kompetitif apabila seri 0-0 di Cape Town.

Ia satu berharga untuk Super Eagles dari gelanggang lawan selepas tewas mengejut kepada Congo di laman sendiri, Sabtu lalu.

Sementara itu, Christian Atsu menjaringkan gol kemenangan lima minit sebelum tamat permainan untuk membantu Ghana merakamkan kemenangan 3-2 ke atas Togo.

Jonathan Ayite memberi Togo pendahuluan awal tetapi gol menerusi tandukan Asamoah Gyan dan Emmanuel Agyemang-Badu meletakkan Ghana 2-1 di hadapan pada babak pertama.

Penyerang Tottenham Hotspur, Emmanuel Adebayor menyamakan kedudukan 13 minit daripada tempoh tamat permainan tetapi Atsu memenangi perlawanan dengan rembatan paras rendah di luar kotak penalti. - AFP

Berita Harian X