Selasa, 19 Ogos 2014 | 10:51pm
DATUK Nicol Ann David beraksi ketika menentang Tsz-Ling dari Hong Kong dalam Kejohanan Terbuka Malaysia CIMB di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil, hari ini. - Foto Goh Thean Howe[FOTO GOH THEAN HOWE /BH]
DATUK Nicol Ann David beraksi ketika menentang Tsz-Ling dari Hong Kong dalam Kejohanan Terbuka Malaysia CIMB di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil, hari ini. - Foto Goh Thean Howe[FOTO GOH THEAN HOWE /BH]

Skuasy: Nicol mara mudah, Delia buat kejutan di Terbuka Malaysia CIMB

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David - seperti diramal, mudah melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia CIMB selepas menewaskan Liu Tsz-Ling dari Hong Kong 11-3, 11-2, 11-3 di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil, hari ini.

Dua lagi wakil wanita negara - Low Wee Wern dan Delia Arnold - turut mengikut jejak sama selepas masing-masing melepasi halangan pusingan pertama.

Wee Wern menewaskan pemain Mesir, Heba El Torky 11-8, 11-5, 10-12, 11-8 manakala Delia membuat kejutan menewaskan pilihan kelima, Alison Waters dari England, 7-11, 11-6, 6-11, 11-7, 11-9.

Juara dunia, Laura Massaro juga dari England turut melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat, Latasha Khan 11-6, 11-2, 11-4. - BERNAMA

KEPUTUSAN

Pusingan pertama wanita

Laura Massaro (ENG) mn Latasha Khan (USA) 11-6, 11-2, 11-4;

Nour El Tayeb (EGY) mn Misaki Kobayashi (JPN) 11-8, 11-3, 11-9

Rachael Grinham (AUS) mn Lisa Aitken (ENG) 11-6, 11-6, 11-9

Madeline Perry (IRL) mn Aisling Blake (IRL) 11-3, 11-6,11-3

Habiba Mohamed Ahmed (EGY) mn Camille Serme (FRA) 11-6, 6-11,7-11,11-9,11-8

Jenny Duncalf (ENG) mn Tong Tsz-Wing (HKG) 11-6, 11-6, 11-6

Amanda Sobhy (USA) mn Samantha Teran (MEX) 11-7, 11-1, 11-6

Delia Arnold (MAS) mn Alison Waters (ENG) 7-11, 11-6, 6-11, 11-7, 11-9

Low Wee Wern (MAS) mn Heba El Torky (EGY) 11-8, 11-5, 10-12, 11-8

Sarah-Jane Perry (ENG) mn Nouran Ahmed Gohar (EGY) 11-9, 11-6, 11-8

Joey Chan (HKG) mn Emily Whitlock (ENG) 8-11, 11-4, 9-11, 11-5, 11-8

Raneem El Weleily (EGY) mn Tesni Evans (WAL) 11-8, 11-6, 3-11, 11-5

Annie Au (HKG) mn Victoria Lust (ENG) 9-11, 11-3, 11-6, 11-6,

Omneya Abdel Kawy (EGY) mn Deon Saffery (WAL) 12-10, 11-3, 11-6

Joshana Chinappa (IND) mn Line Hensen (DEN) 11-8, 8-11, 11-7, 11-9

Nicol Ann David (MAS) mn Liu Tsz-Ling (HKG) 11-3, 11-2, 11-3

Berita Harian X