Rabu, 9 November 2016 | 10:33am

3 gerai pasar tani Tamu Kedayan terbakar

TIGA gerai pasar tani di Tamu Kedayan musnah terbakar awal pagi tadi.
TIGA gerai pasar tani di Tamu Kedayan musnah terbakar awal pagi tadi.

MIRI: Tiga gerai pasar tani di Tamu Kedayan, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian jam 4.54 pagi itu turut memusnahkan semua barangan jualan seperti sayur, buah dan barangan lain milik peniaga. 

Pembantu Kanan II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Sulaiman Julaihi, berkata sembilan anggotanya bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran. 

"Api berjaya dikawal jam 5.30 pagi. Punca dan kerugian akibat kebakaran masih disiasat," katanya di sini,sebentar tadi. 

Tamu Kedayan adalah antara pasar tani popular dalam kalangan penduduk Miri bagi memperoleh hasil tani yang dijual penduduk tempatan, selain menjadi tarikan pelancong di utara Sarawak.

Terdapat lebih 20 peniaga menjual hasil pertanian di kawasan itu.

Berita Harian X