Sabtu, 21 Mei 2016 | 2:15pm

NSTP Sabah sertai Karnival Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad (tiga dari kiri) ketika melawat booth NSTP sempena Karnival Pendidikan Yayasan Sabah mendapat penerangan mengenai akhbar yang diterbitkan Kumpulan NSTP oleh Pengurus Jualan Akhbar dan Edaran NSTP Kota Kinabalu, Dominic Sylvester Olas (kanan), di Perkarangan Menara Tun Mustapha di Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

KOTA KINABALU: Orang ramai yang mengunjungi Karnival Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah berpeluang mendapatkan akhbar BH dalam format digital atau e-Paper yang ditawarkan ruang pamer NSTP Sabah sepanjang karnival tiga hari, bermula hari ini.

Turut ditawarkan ialah produk akhbar e-Paper terbitan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) iaitu Harian Metro dan New Straits Times (NST).

Pengurus Jualan Akhbar dan Edaran NSTP Kota Kinabalu, Dominic Sylvester Olas, berkata orang ramai termasuk pelajar yang berkunjung ke ruang pameran NSTP berpeluang melanggan produk akhbar e-Paper, sepanjang karnival ini.

"Sepanjang karnival, pelajar yang mengunjungi ruang pameran NSTP berpeluang melanggan mana-mana produk akhbar e-Paper sama ada BH, Harian Metro atau NST pada harga RM30 untuk setahun," katanya di sini hari ini.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, merasmikan Karnival Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah Siri 2 yang bermula hari ini hingga Isnin di Perkarangan Menara Tun Mustapha, di sini.

Lebih 100 ruang pameran membabitkan universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) selain agensi kerajaan, swasta serta persendirian menyertai karnival berkenaan.

Turut diadakan Seminar Skor A+SPM, seminar keusahawanan kepada belia dan seminar rahsia cemerlang Matematik.

Berita Harian X