Isnin, 26 September 2016 | 2:35pm

UTM perkukuh kerjasama bidang penyelidikan

TIMBALAN Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail bersalaman dengan Presiden NIT Kagoshima College, Prof Chohji Tetsuji pada majlis menandatangi MoU di Pusat Latihan UTM, Johor Bahru, hari ini. - Foto Zaih Ahmed
TIMBALAN Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail bersalaman dengan Presiden NIT Kagoshima College, Prof Chohji Tetsuji pada majlis menandatangi MoU di Pusat Latihan UTM, Johor Bahru, hari ini. - Foto Zaih Ahmed

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan National Institute of Technology (NIT) Kagoshima College dari Jepun memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail, berkata kerjasama itu berupaya melahirkan lebih ramai pakar dan penyelidik dalam bidang kejuruteraan.

"UTM berbangga menjalinkan kerjasama bersama NIT yang juga antara institusi pengajian tinggi terkemuka di Jepun.

"Menerusi MoU ini, kita berupaya mempelajari pelbagai perkara khususnya dalam bidang penyelidikan.

"Dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, sudah pasti pertukaran maklumat dan penyelidikan bersama akan memanfaatkan kepada kedua-dua pihak.

"Menerusi MoU ini, kedua-dua pihak bersetuju menjalin kerjasama dari segi pertukaran tenaga akademik, penyelidik dan pelajar bagi meningkatkan kualiti kajian terutama dalam kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani MoU bersama Presiden NIT Kagoshima College, Prof Chohji Tetsuji, di Pusat Latihan UTM di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fauzi merasmikan Persidangan Bersama Kejuruteraan Awam dan Simposium Mengenai Kepakaran Rekabentuk Kejuruteraan (SEPKA-ISEED) anjuran UTM di sini.

Berita Harian X