Selasa, 4 Oktober 2016 | 12:30pm

300,000 penduduk Pahang sertai Hari Sukan Negara

PENGERUSI Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (dua dari kanan) melancarkan Siri Kedua Pameran Hartanah MyRumah 2019 anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di pusat beli belah AEON Bandaraya Melaka, hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Interim NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor (dua dari kiri); Pengurus Besar Pengiklanan NSTP, Jeannie Leong (kiri) dan Pengurus Besar Pengiklanan, Agensi dan Korporat NSTP, Roche Chew. - Foto Khairunisah Lokman

KUANTAN: Lebih 300,000 peserta dijangka memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2016 di semua 11 daerah di negeri ini, Sabtu ini.

Sambutan HSN peringkat negeri akan diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1), di sini, yang dijadual dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Johari Hussain, berkata orang ramai dipelawa menyertai aktiviti sukan di daerah masing-masing pada hari berkenaan.

Selain dapat beriadah bersama keluarga, katanya, program itu boleh menggalakkan masyarakat negara ini mengamalkan gaya hidup sihat.

"Lebih 100 program diadakan serentak di seluruh daerah, termasuk senamrobik perdana, futsal, bola jaring, bola keranjang, memanah, larian dan gusti lengan.

"Kita akan menampilkan penerima Anugerah Olahragawan Negara, yang juga jaguh silat negara, Mohd Al-Jufri Jamari pada sambutan berkenaan di Padang MPK1," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Johari berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM403,000 kepada 542 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta 264 Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) seluruh negeri untuk memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2016.

Berita Harian X