Khamis, 4 Ogos 2016 | 5:06pm

Pahang laksana sistem patuh syariah

PENGERUSI Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.
PENGERUSI Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

KUANTAN: Pahang komited melaksanakan sistem Indeks Syariah Malaysia dalam sistem pentadbiran negeri supaya menepati prinsip maqasid syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata sistem itu sekali gus dapat memartabatkan serta memberi gambaran imej agama Islam sebenar dalam kehidupan bermasyarakat.

"Tujuan sistem ini untuk meneliti dan menghitung setiap gerak kerja itu sama ada menepati dan dilaksana mengikut cara yang dirancang oleh kerajaan berdasarkan prinsip maqasid syariah.

"Indeks Syariah Malaysia dilihat sebagai pengukur saintifik bagi menilai usaha kerajaan dalam melaksanakan pentadbiran Islam yang bersifat menyeluruh, komprehensif dan pertama di dunia," katanya ketika berucap merasmikan Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia peringkat negeri di sini, hari ini.

Berita Harian X