Jumaat, 10 Februari 2017 | 1:40pm

Lulu pilih pemenang cabutan bertuah

KUALA LUMPUR: Seramai 50 pelanggan bertuah diumumkan sebagai pemenang 10 gram emas setiap seorang bagi peraduan cabutan bertuah 'Win Half Kg Gold' Lulu Group Retail Sdn Bhd yang diadakan antara 8 Disember hingga 5 Februari lalu.

 

Pengarah Serantaunya, Asif Moidu Ahamed, berkata peraduan cabutan bertuah itu diadakan sebagai menghargai sokongan berterusan pelanggan.

Asif berkata, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM50 di pasar raya berkenaan dan diberi kupon cabutan bertuah.

"Ia juga adalah sebahagian daripada pengisian sambutan Tahun Baharu Cina untuk menggalakkan orang ramai berbelanja di Lulu Hypermarket.

"Seramai 25 pemenang dipilih bagi setiap sesi dan diundang ke majlis penyerahan emas selepas cabutan kedua manakala majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah akan diadakan hujung bulan ini," katanya di sini, hari ini.

Asif berkata, seramai 35 warga emas daripada Persatuan Kebajikan Rumah Victory Elderly Home akan diundang bagi memeriahkan majlis.

Katanya, sambutan akan diadakan dalam suasana perpaduan menerusi acara tradisi menggaul yee sang sempena Tahun Baharu Cina," katanya. 

Berita Harian X