Khamis, 29 Disember 2016 | 1:58pm
FADZIL (kanan) menunjukkan 10 kenderaan termasuk lapan kenderaan mewah yang dirampas menerusi Ops Lejang Mewah oleh polis Selangor sejak dua minggu lalu. - Foto Surianie Mohd Hanif
FADZIL (kanan) menunjukkan 10 kenderaan termasuk lapan kenderaan mewah yang dirampas menerusi Ops Lejang Mewah oleh polis Selangor sejak dua minggu lalu. - Foto Surianie Mohd Hanif
FADZIL (dua dari kanan) menunjukkan bahan bukti yang diperoleh pada Ops Lejang Mewah. - Foto Surianie Mohd Hanif
FADZIL (dua dari kanan) menunjukkan bahan bukti yang diperoleh pada Ops Lejang Mewah. - Foto Surianie Mohd Hanif

Polis Selangor tumpas sindiket pecah rumah, curi kenderaan mewah

FADZIL melihat nombor casis kereta yang dirampas melalui Ops Lejang Mewah yang dijalankan polis Selangor. - Foto Surianie Mohd Hanif
FADZIL melihat nombor casis kereta yang dirampas melalui Ops Lejang Mewah yang dijalankan polis Selangor. - Foto Surianie Mohd Hanif

SERDANG: Satu sindiket pecah rumah dan curi kenderaan mewah tumpas dengan penangkapan 14 ahli sindiket itu menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Selangor dalam tempoh dua minggu lalu.

Selain tangkapan, polis turut berjaya menemui semula lapan kenderaan mewah dipercayai dilarikan dalam kejadian pecah rumah di sekitar Lembah Klang dan Johor, baru-baru ini.

Lapan kenderaan mewah yang ditemui semula adalah tiba Toyota Vellfire, tiga Toyota Hilux dan masing-masing sebuah Honda Integra dan Toyota Wish.

Dalam serbuan pertama pada 13 Disember lalu, polis turut merampas dua PROTON Satria milik suspek, menjadikan jumlah keseluruhan 10 kenderaan dirampas.

Kejayaan menumpaskan sindiket ini hasil maklumat dan risikan pasukan khas Ops Lejang Mewah Khas yang ditubuhkan polis Selangor.

Ia susulan beberapa kejadian pecah rumah dan curi kenderaan mewah yang berlaku di Serdang, Kajang, Gombak, Sepang dan Subang Jaya sejak awal bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata semua suspek adalah lelaki rakyat tempatan berusia antara 26 hingga 45 tahun.

Katanya, sindiket ini biasanya melakukan pecah rumah terlebih dulu dan kemudian melarikan barangan berharga serta kenderaan mewah yang diparkir di rumah menggunakan kunci pemiliknya.

"Mereka kemudian 'menyorokkan' kenderaan itu di beberapa lokasi berbeza termasuk di tempat parkir pusat beli-belah, di tepi jalan dan sebagainya.

"Suspek turut dikesan berurusan dengan beberapa bengkel kereta di Selangor dan Negeri Sembilan yang berfungsi sebagai lokasi menyorokkan kenderaan dicuri, selain mengubah nombor enjin dan casisnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, tadi.

Katanya, kerja mengikis dan mengubah nombor enjin serta casis kenderaan curi itu dipercayai dilakukan di sebuah bengkel kereta di Seremban, Negeri Sembilan.

"Kenderaan curi ini dipercayai dijual semula kepada pembeli menggunakan dokumen perakuan kenderaan milik kenderaan lain yang dipalsukan.

"Kita sedang menyiasat lebih lanjut modus operandi sindiket ini dan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengesan rangkaian sindiket termasuk kemungkinan pembabitan 'orang dalam' agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)," katanya.

Berita Harian X