Ahad, 13 November 2016 | 11:32am

Gangguan bekalan air di PD, Seremban

PORT DICKSON: Beberapa kawasan di daerah ini dan Seremban mengalami gangguan bekalan air yang dijangka selama 24 jam berikutan penutupan sementara operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di sini, hari ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Norzita Ismail, berkata penutupan itu terpaksa dibuat berikutan masalah pencemaran bau yang berulang daripada sumber air mentah di Sungai Linggi.

"SAINS memohon maaf atas kesulitan yang timbul, namun langkah segera itu itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih kritikal.

"Berikutan penutupan LRA ini, beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan air bagi tempoh 24 jam dan bekalan dijangka pulih jam 9 pagi esok," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Antara kawasan terjejas di Port Dickson ialah Escort Estet; Kampung Sawah Sunggala; Bandar Sunggala; Taman Sirusa Jaya, Batu 6, Jalan Pantai; seluruh kawasan Batu 5 Jalan Pantai; Kem Askar Batu 5 Jalan Pantai; Kem Askar Batu 4 Jalan Pantai; Kampung Baru Sirusa; Jalan Sua Betong; Taman Desa PD; Kampung Barisan; kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin-Linggi.

Kawasan Kampung Bagan Pinang; Taman PD Utama; Taman Raja Zainal; Taman Too Kee Kah; Transit Kuarters, Jalan Shell Refinery; Happy Garden; kawasan Batu 1, Jalan Pantai sehingga seluruh kawasan pusat bandar Port Dickson.

Kampung Chokra; Taman Muhibah; Taman Puteri; Kampung Arab; Taman PD Akasia; Kampung Air Meleleh; Kampung Gelam; Taman PdD Tropika; Taman Sri Mawar, Jalan Bypass; kawasan Kampung Paya; Tanjung Gemok; Taman Kiara; Taman Sri Intan; Taman Ria; Taman Negeri Lama dan Baru; Taman Pantai Mas; Kampung Kuala Lukut; Bandar Dataran Segar.

Taman Sentosa Lama dan Baru; Taman PD Jaya; Taman Naga; Taman Indah Baru; Taman Bandar Baru; Taman Indah Wang; Taman Aman; Taman Bukit Tinggi; Rumah Rakyat Pekan Lukut; Taman Desaru; Kawasan Sri Parit; Taman Indah Jaya; Kawasan Perindustrian Lukut Indah; Taman Wawasan; Taman Jaya; Taman Tun Sambathan; seluruh kawasan Pekan Lukut  sehingga Spring Hill; kawasan Batu 6 dan Batu 7 Jalan Seremban sehingga kawasan Simpang Siliau.

Bukit Palong; Taman Lukut Makmur; Taman D' Pinggiran Kota; Taman D' Ambang Kota; Perindustrian Perdana Bukit Palong;  Kebun Jimah; Jimah Lama; Kampung Cina Site C Tanah Merah; Taman Jimah Jaya;  Tanah Merah Site C; kawasan Bukit Pelandok dan seluruh kawasan Chuah.

Antara kawasan terjejas di Seremban ialah Taman Pinggiran Senawang; Kampung Ulu Rantau; Sekolah Dato' Abdul Razak; RTM; Taman Permata; Ladang Batu 11; Ladang Kombok; Taman Ulu Lalang; Kampung Solok; Kampung Ribu; Kampung Sega Ulu; Kampung Sega Hilir.

Jalan Kuala Sawah; Ladang Kuala Sawah; Kampung Nyatoh; Rumah Rakyat Nyatoh; Kampung Belangkan; Kawasan Industri Nilam Ribu; Taman Bandar Ekar; Pekan Rantau; Kampung Takau; Kampung Pening; Kampung Kancong; Taman Rantau; Ladang Siliau; Nusari Bayu.

Berita Harian X